Epal & khasiatnya..j0m amek tahu...

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.

Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.

Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.

Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

- from berita harian 0nline-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

p0kok Herba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salvia lyrata, salah satu tumbuhan herba

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Biasanya, pokok herba mempunyai batang lembut dan mengandungi banyak air. Pokok herba telah lama digunakan orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Banyak pokok herba juga telah digunakan oleh orang Melayu sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi.

Terdapat juga pokok herba yang tidak dimakan secara langsung, tetapi digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan minyak atau dipuput (hancurkan dengan lumat seperti krim) sebelum diletakkan di bahagian yang sakit.

Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba.

Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.

[sunting]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS